Memaparkan catatan dengan label Pigmentasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pigmentasi. Papar semua catatan

Selasa, 6 April 2010

Cik Noraini Binti Kasim berkongsi pengalamannya dengan Life Regen.

Cik Noraini Binti Kasim berkongsi pengalamannya dengan Life Regen di Puchong pada 3 Mar 2010.

Baca disini pengalaman lanjut Cik Noraini Binti Kasim dengan Life Regen.

Ahad, 7 Februari 2010

Kesakitan yang teruk ketika Datang Bulan & Pigmentasi yang serius

Noraini Binti Kasim

PuchongSelangor

TarikhSeptember 2009

Saya pernah mengalami kesakitan yang amat sangat ketika datang bulan sehingga saya hanya mampu berbaring di atas katil untuk tempoh 3 hari setiap kali datang bulan. Punca kesakitan saya tidak dapat di kesan dan saya hanya mengambil ubat penahan sakit yang kuat, malah ada yang mencadangkan agar saya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ovari saya. Tetapi, saya tidak bersetuju kerana mahu mengelakkan kesan sampingan daripada ubat penahan sakit. Kebetulan, saya bertemu seorang rakan yang memperkenalkan cecair spirulina berenzim. Saya mula mengambil 1 paket sehari, dan selepas empat hari, haid saya kembali datang. Namun, yang mengejutkan saya, kesakitan yang dirasai tidak lagi sesakit yang saya alami sebelum ini. Sekarang, kesakitan ketika datang bulan, sudah kembali ke tahap yang biasa. Selain itu, masalah pigmentasi yang serius dan gelap di muka juga akhirnya semakin cerah dan lembut. Kini, pigmentasi tersebut telah berkurangan lebih 70%. Rakan-rakan juga menyatakan saya kelihatan semakin muda dan cantik. Ia telah memberikan keyakinan yang lebih tinggi bagi saya.

Arthritis, Pigmentasi yang serious di muka

Lee Ah Yong

51 tahun, Melaka

Tarikh : Disember , 2009

Saya bekerja dalam industri katering. Disebabkan sentiasa terdedah kepada asap, wajah saya mengalami mesalah pigmentasi yang serius dan bintik-bintik gelap. Malah saya selalu keletihan dan mendapat arthritis di tangan. Saya mencuba 2 paket cecair spirulina berenzim dan 1 paket kalsium citrate yang dicampur bersama 1 liter air dan diminum perlahan-lahan sepanjang hari. Setelah 2 minggu, saya dapati, tangan saya tidak lagi sakit . Saya teruskan pengambilannya sehingga sebulan kemudian, rakan-rakan mula menegur tentang pigmentasi yang semakin berkurangan, malah wajah semakin cerah membuatkan saya semakin berkeyakinan. Tenaga juga semakin bertambah. Saya mula berkongsi dengan rakan-rakan tentang produk-produk hebat ini, dan kini, bukan sahaja kesihatan kembali pulih, malah pendapatan saya juga semakin bertambah.

Sabtu, 6 Februari 2010

Pigmentasi, Migraine yang kronik & Rhinitis

Hong Ah Moy

53 tahun, Melaka

Tarikh : Disember, 2009

Tenaga yang lemah dan pigmentasi yang serius, serta rhinitis yang teruk dan migrain (sejak berumur 18 tahun), menyebabkan kualiti kehidupan saya terganggu. Migrain menjadi lebih teruk setiap kali sebelum datang bulan dan ketika cuaca panas. Setelah diperkenalkan oleh rakan, saya mula mengambil 2 paket cecair spirulina berenzim dan 1 paket Kalsium Citrate yang dicampur dengan 1 liter air yang diminum sedikit demi sedikit setiap hari, manakala lebihan cecair produk tersebut saya sapukan pada kulit muka. Di awal pengambilan, rhinitis dan migrain menjadi semakin teruk, tapi saya teruskan mengambilnya sehingga bulan ke dua, dimana saya mula menyedari kedua-dua penyakit ini telah semakin bertambah baik. Air kencing pun tidak lagi berbau, malah kesan pigmentasi di muka menjadi semakin pudar. Setelah tiga bulan, kesan yang diperolehi semakin ketara,malah saya juga telah mula mengambil royal jeli. Sekarang hidup saya semakin bermakna, kerana bukan sahaja kesihatan saya telah pulih, malah sebagai suri rumah sepenuh masa, saya juga kini telah mampu memperolehi pendapatan sampingan yang agak lumayan.