Memaparkan catatan dengan label Migraine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Migraine. Papar semua catatan

Isnin, 24 Mei 2010

Pedih pada siku akibat demam Chikungunya & Migraine

Tay Hwee Sia
Usia : 37
Pekerjaan : Suri rumah
Alamat : Muar, Johor
Tarikh : April , 2010
Pengambilan : Cecair Spirulina Berenzim, Kalcium citrate

Kesan daripada demam Chikungunya 2 tahun lepas mengakibatkan rasa sakit sendi pada siku kanan. Ianya semakin memeritkan apabila tulang di siku saya berantakan. Doktor menyatakan ianya adalah lumrah kepada penghidap-penghidap Chikungunya dan saya hanya boleh bergantung dengan ubat penahan sakit serta sistem imunisasi badan untuk sembuh. Selain itu saya juga sudah bertahun-tahun mengidap migraine. Akhirnya saya mencuba cecair spirulina berenzim dan cecair kalsium . Setelah seminggu pengambilan, rasa sakit di siku saya bertambah pedih dan kulit menjadi gatal. Namun setelah dua bulan, sakit di bahagian siku saya telah hilang sepenuhnya, malah penyakit migraine juga telah jauh lebih baik. Rakan-rakan dan ahli keluarga turut menyatakan kulit saya juga kelihatan semakin sihat.

Ahad, 7 Februari 2010

Menderita Migrain & Kembung Perut selama 15 tahun

Norlaila Binti Ahmad

54 tahun, Puchong, Selangor

Tarikh: November, 2009

Penyakit Migraine yang saya alami selama 15 tahun kini telah benar-benar berkurangan setelah mengamalkan Cecair spirulina berenzim. Dahulu, saya mengidap migrain yang serius bersama penyakit kembung perut hampir setiap malam sehingga saya hanya dapat tidur pada pukul 3-4 pagi. Saya juga mencuba pelbagai ubat-ubatan sehingga membuatkan saya khayal setiap kali mengambilnya. Kini setelah sebulan mengambil 1 paket cecair spirulina berenzim pada setiap pagi, saya sudah dapat melelapkan mata dengan baik, malah masalah sembelit yang dialami juga telah menunjukkan perubahan. Kini saya mempunyai lebih tenaga untuk menjalankan rutin seharian dengan lebih baik.

Sabtu, 6 Februari 2010

Pigmentasi, Migraine yang kronik & Rhinitis

Hong Ah Moy

53 tahun, Melaka

Tarikh : Disember, 2009

Tenaga yang lemah dan pigmentasi yang serius, serta rhinitis yang teruk dan migrain (sejak berumur 18 tahun), menyebabkan kualiti kehidupan saya terganggu. Migrain menjadi lebih teruk setiap kali sebelum datang bulan dan ketika cuaca panas. Setelah diperkenalkan oleh rakan, saya mula mengambil 2 paket cecair spirulina berenzim dan 1 paket Kalsium Citrate yang dicampur dengan 1 liter air yang diminum sedikit demi sedikit setiap hari, manakala lebihan cecair produk tersebut saya sapukan pada kulit muka. Di awal pengambilan, rhinitis dan migrain menjadi semakin teruk, tapi saya teruskan mengambilnya sehingga bulan ke dua, dimana saya mula menyedari kedua-dua penyakit ini telah semakin bertambah baik. Air kencing pun tidak lagi berbau, malah kesan pigmentasi di muka menjadi semakin pudar. Setelah tiga bulan, kesan yang diperolehi semakin ketara,malah saya juga telah mula mengambil royal jeli. Sekarang hidup saya semakin bermakna, kerana bukan sahaja kesihatan saya telah pulih, malah sebagai suri rumah sepenuh masa, saya juga kini telah mampu memperolehi pendapatan sampingan yang agak lumayan.